Background

Pre- cal Fever :P

okay okay okay, dah hampir setiap hari aku study pre-calculus sebab terlampau BEST. nak cakap dah power dalam bab tu, tak lah, tapi still macam seronok bila dapat solve satu2 question tu. seronok gila wa cakap sama lu. HAHA, okay, masalah gila -.-

tapi kalau takleh solve, tengoklah muka! betapa KETATnya sampai nak pecah pale otak. tetibe semalam buat soalan assignment. pasal complex number, HAHAHA, setelah beberapa minit pikir, barulah dapat jalan penyelesaiannya. SABAR jelah. nasib baik~

harini, penentu aku paham ke tak pre-cal yang aku belajar selama ni. ade QUIZ rupenye.

kesian kelas lain, dorang kena buat 7soalan dalam masa 1 jam
kitorang pulak (CVillians and EE) 2 soalan yang agak simple dalam masa 10 minit.

masa tu agak cuak lah mula2 sebab takut dapat soalan susah. sekali sampai2 kat kitorang, amek kertas area2 tengah gitu, haha, yang ajaibnya,  soalan yang Fatin ngan Ain dapat sama ngan yang aku dapat. 

kitorang pun berkira2 lah untuk dapatkan jawapan masing2, last2 satu jawapan pun tak sama ngan dorang, itu untuk soalan nombor 1. then, dah CUAK dah disitu. macam mana ni, takpelah, TAWAKAL je.

masuklah soalan nombor 2, huuu, lepas dah kira2 tu, jawapan kami sama! Alhamdulillah. tapi tu pun tak confirm sangat. sobsob. bilalah aku nak jadi pandai macam Siti Fatimah, Haziq HussainiIzzat Amir ngan Ahmad Zuhair nii, pehh, ni lah STAR addmaths kitorang kat maktab dulu, tengok soalan je dah boleh dapat, HEBAT siakkk!!

haha, doalah bia dapat jadi pandai cam dorang, GIFTED. takpe2 kalau kita berusaha pasti boleh je jadi macam dorang :)

*positive thinking*


3 comments:

  1. yeahh...blh pnya naqie!! aku pn cuak ngn math aku tu..huhu

    ReplyDelete
  2. hebat siakkk..
    teringat aku kt mir...

    ReplyDelete